Thursday 22 March 2012

Inginkan anak comel & sihat para ibu wajib baca!!!!!!!

AMALAN-AMALAN YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN KETIKA HAMIL

Assalamualaikum salam sejahtera pada anda semua(hehe..hari ni aku nak skema sikit). Topik saya hari ini adalah mengenai perkara-perkara @ amalan-amalan yang tidak patut dilakukan oleh para ibu & bakal ibu semasa kehamilan(kiranya dari mula sampailah bersalin). Saya ada membaca 1 buku mengenai panduan & penjagaan semasa kehamilan. Saya tertarik pada 1 topik ni yang menceritakan mengenai amalan yang tidak patut dilakukan oleh para ibu semasa hamil so...saya ingin berkongsi dengan semua orang terutama sekali ibu mengandung mengenai amalan tersebut kerana saya rasa ia bagus untuk dijadikan panduan. Antara amalan yang dimaksudkan seperti:

1. Merokok
Menurut kajian, asap rokok boleh menyebabkan anak dilahirkan kurang berat dan mengalami kecacatan pada mulut, hidung dan jantung. Keadaan ini disebabkan bahan nikotin, karbon monoksida & cyanide yg terdapat dalam rokok. Oleh itu sekiranya suami,ahli keluarga atau rakan2 sepejabat merokok jauhilah dari mereka atau mintalah mereka merokok jauh daripada anda.
Jauhi mereka yang merokok, katakan TAK NAK pada rokok

2. Penggunaan Ubat & Dadah
Sesetengah dadah boleh menjejaskan perkembangan janin terutama pada peringkat minggu ke-6 & ke 12 apabila anggota2 penting tubuh bayi sedang terbentuk seperti mata, otak, jantung & paru-paru. Oleh kerana bahaya ini ibu mengandung dinasihatkan tidak mengambil sebarang ubat tanpa kebenaran doktor. Sekiranya anda demam,muntah atau pening jangan sekali2 membeli ubat di farmasi atau ubat yang ada dalam simpanan atau memakan ubat yang dikhaskan untuk orang lain sebaliknya dapatkan rawatan daripada doktor.
Dapatkan  nasihat doktor sebelum memakan sebarang jenis ubat 
untuk megelakkan sebarang masalah pada janin anda

3. Minuman Keras
Minuman keras sangat berbahaya pada janin di peringkat minggu ke-6 & ke-12. Minuman keras ini boleh mengakibatkan berlakunya kecacatan pada muka seperti sumbing, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki & tangan yang tidak normal & taraf kecerdasan juga berkurangan seperti kebanyakan kanak-kanak lain. Oleh itu jauhilah arak yang boleh memudaratkan kesihatan janin anda & bagi orang yang beragama Islam arak adalah haram & berdosa.(renung2kan & selamat beramal)
Jauhi arak sayangi bayi anda

4. X-Ray
Jangan sesekali melakukan X-ray semasa hamil. Jika anda diminta untuk melakukan X-ray, beritahu doktar @ nyatakan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini bahaya kerana X-ray boleh menembusi otot2 & menampakkan organ dalaman serta menbinasakan tisu dalam badan. Apabila sinaran ini terkena pada janin kemungkinan besar kecacatan boleh berlaku. 
X-ray memang tidak digalakkan pada ibu mengandung
tapi scan xpe....hehe...

5. Makanan & Minuman
Makanan amat penting ketika hamil, tetapi terdapat juga makanan yang tidak elok dimakan ketika hamil seperti makanan yang telah diawet, diperasa &diwarnakan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti keropok kentang, sos dalam botol, ikan masin & makanan masin yang lain. Selain itu makanan yang sudah layu atau busuk juga tidak elok dimakan oleh ibu mengandung seperti sayur layu, buahan busuk & roti berkulat(agak2lah xkan dah berkulat pun nak belasah juga). Minuman ringan juga tidak seharusnya diminum oleh ibu mengandung kerana mengandungi kalori kosong & bahan ketagih yang berbahaya seperti minuman berkarbonat @ bergas & berkafein seperti teh, kopi, nescafe & sebagainya.(so...bebanyaklah minum air suam ye..)   
Elakkan minuman berkarbonat @ bergas & berkafein waktu hamil

6. Persekitaran
Persekitaran kehidupan kita setiap hari di kelilingi oleh benda-benda yang bahaya, seperti makanan,buah-buahan & sayuran yang dicemari oleh racun, kimia serangga, semburan minyak wangi, semburan nyamuk, asap daripada kenderaan & kilang memang tidak bagus untuk pembesaran janin. Oleh itu elakkan daripada mengunakan bahan-bahan seperti ini & jika mengunakan semburan pastikan anda tidak terhidu & terkena kulit bagi mengelakkan terjadinya sesuatu pada kandungan anda.

Salah 1 bahan dalam persekitaran hidup yang tidak elok untuk ibu mengandung
adalah semburan ubat nyamuk

Inilah antara amalan yang ingin saya kongsikan kepada semua orang terutama para ibu mengandung dan diharapkan ia dapat dijadikan panduan & amalan kita bersama. Oleh itu marilah kita menjaga kesihatan & menjauhi amalan-amalan di atas supaya bayi yang dilahirkan sihat & cerdas.(wah dah macam menteri kesihatan pulak aku ni hehe....)

P/S : Mak aku cakap kalau nak mata anak cantik makanlah buah delima....yeke? ntahlah aku pun xsure, yang aku sure buah delima 2 sedap dan mahal, sebijik 6 ringgit....cayalah....

www.tips-fb.com

6 comments:

  1. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan...so mak ayah kene la ubah sikap tu

    ReplyDelete
  2. boleh amal menagandung nti..hehe..:)

    ReplyDelete
  3. nice entry..sye follow sini yep..saye baru dalam dunia blogging..follow sekali jom ! =)
    http://noridayumohamad.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. da lame follow blog awak :)

    ReplyDelete
  5. Good info for all...not just for mommy wanna be jer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
chericeritakhu.blogspot.com