Thursday 22 March 2012

Inginkan anak comel & sihat para ibu wajib baca!!!!!!!

AMALAN-AMALAN YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN KETIKA HAMIL

Assalamualaikum salam sejahtera pada anda semua(hehe..hari ni aku nak skema sikit). Topik saya hari ini adalah mengenai perkara-perkara @ amalan-amalan yang tidak patut dilakukan oleh para ibu & bakal ibu semasa kehamilan(kiranya dari mula sampailah bersalin). Saya ada membaca 1 buku mengenai panduan & penjagaan semasa kehamilan. Saya tertarik pada 1 topik ni yang menceritakan mengenai amalan yang tidak patut dilakukan oleh para ibu semasa hamil so...saya ingin berkongsi dengan semua orang terutama sekali ibu mengandung mengenai amalan tersebut kerana saya rasa ia bagus untuk dijadikan panduan. Antara amalan yang dimaksudkan seperti:

1. Merokok
Menurut kajian, asap rokok boleh menyebabkan anak dilahirkan kurang berat dan mengalami kecacatan pada mulut, hidung dan jantung. Keadaan ini disebabkan bahan nikotin, karbon monoksida & cyanide yg terdapat dalam rokok. Oleh itu sekiranya suami,ahli keluarga atau rakan2 sepejabat merokok jauhilah dari mereka atau mintalah mereka merokok jauh daripada anda.
Jauhi mereka yang merokok, katakan TAK NAK pada rokok

2. Penggunaan Ubat & Dadah
Sesetengah dadah boleh menjejaskan perkembangan janin terutama pada peringkat minggu ke-6 & ke 12 apabila anggota2 penting tubuh bayi sedang terbentuk seperti mata, otak, jantung & paru-paru. Oleh kerana bahaya ini ibu mengandung dinasihatkan tidak mengambil sebarang ubat tanpa kebenaran doktor. Sekiranya anda demam,muntah atau pening jangan sekali2 membeli ubat di farmasi atau ubat yang ada dalam simpanan atau memakan ubat yang dikhaskan untuk orang lain sebaliknya dapatkan rawatan daripada doktor.
Dapatkan  nasihat doktor sebelum memakan sebarang jenis ubat 
untuk megelakkan sebarang masalah pada janin anda

3. Minuman Keras
Minuman keras sangat berbahaya pada janin di peringkat minggu ke-6 & ke-12. Minuman keras ini boleh mengakibatkan berlakunya kecacatan pada muka seperti sumbing, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki & tangan yang tidak normal & taraf kecerdasan juga berkurangan seperti kebanyakan kanak-kanak lain. Oleh itu jauhilah arak yang boleh memudaratkan kesihatan janin anda & bagi orang yang beragama Islam arak adalah haram & berdosa.(renung2kan & selamat beramal)
Jauhi arak sayangi bayi anda

4. X-Ray
Jangan sesekali melakukan X-ray semasa hamil. Jika anda diminta untuk melakukan X-ray, beritahu doktar @ nyatakan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini bahaya kerana X-ray boleh menembusi otot2 & menampakkan organ dalaman serta menbinasakan tisu dalam badan. Apabila sinaran ini terkena pada janin kemungkinan besar kecacatan boleh berlaku. 
X-ray memang tidak digalakkan pada ibu mengandung
tapi scan xpe....hehe...

5. Makanan & Minuman
Makanan amat penting ketika hamil, tetapi terdapat juga makanan yang tidak elok dimakan ketika hamil seperti makanan yang telah diawet, diperasa &diwarnakan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti keropok kentang, sos dalam botol, ikan masin & makanan masin yang lain. Selain itu makanan yang sudah layu atau busuk juga tidak elok dimakan oleh ibu mengandung seperti sayur layu, buahan busuk & roti berkulat(agak2lah xkan dah berkulat pun nak belasah juga). Minuman ringan juga tidak seharusnya diminum oleh ibu mengandung kerana mengandungi kalori kosong & bahan ketagih yang berbahaya seperti minuman berkarbonat @ bergas & berkafein seperti teh, kopi, nescafe & sebagainya.(so...bebanyaklah minum air suam ye..)   
Elakkan minuman berkarbonat @ bergas & berkafein waktu hamil

6. Persekitaran
Persekitaran kehidupan kita setiap hari di kelilingi oleh benda-benda yang bahaya, seperti makanan,buah-buahan & sayuran yang dicemari oleh racun, kimia serangga, semburan minyak wangi, semburan nyamuk, asap daripada kenderaan & kilang memang tidak bagus untuk pembesaran janin. Oleh itu elakkan daripada mengunakan bahan-bahan seperti ini & jika mengunakan semburan pastikan anda tidak terhidu & terkena kulit bagi mengelakkan terjadinya sesuatu pada kandungan anda.

Salah 1 bahan dalam persekitaran hidup yang tidak elok untuk ibu mengandung
adalah semburan ubat nyamuk

Inilah antara amalan yang ingin saya kongsikan kepada semua orang terutama para ibu mengandung dan diharapkan ia dapat dijadikan panduan & amalan kita bersama. Oleh itu marilah kita menjaga kesihatan & menjauhi amalan-amalan di atas supaya bayi yang dilahirkan sihat & cerdas.(wah dah macam menteri kesihatan pulak aku ni hehe....)

P/S : Mak aku cakap kalau nak mata anak cantik makanlah buah delima....yeke? ntahlah aku pun xsure, yang aku sure buah delima 2 sedap dan mahal, sebijik 6 ringgit....cayalah....

www.tips-fb.com

Tuesday 20 March 2012

Aksi Si Comel Lu'lu & Fahmi bila bergambar (Niece of my hubby)


Hye everyone how are you today? Ari ni aku nak update blog aku pasal aksi-aksi si comel bila bergambar n si comel yg aku maksudkn adalah si kecil Lu'lu n si besar Fahmi (Niece of my hubby). Diorang berdua ni kalau depan camera macam2 aksi nak di posenye..x percaye hah??...tengoklah sendiri ok...cikidot...


Nama saya Hamzah Fahmi..Uncle n Auntie call me Fahmi..hehehe
Umur saya emmppaat taun ah...Encemkan saya..


 
Hye..nama cek Lu'Lu Munawarah..cute kan cek..hehe (uncle yg cakap)..cek cousin Abg Fahmi..umuq cek 1 tahun 8bln..


Pandang camera ok..1,2,3 click... pandai..tp awat keraeh semacam ja..posing skit..


 Auntie:  Haa..mcmni la posing baru shantek...
Fahmi:  EEeee...geli la Lu'lu jangan la peluk2 (meremang bulu badan cek huhu.....)
Lu'lu: Alah..peyuk ikit pun nak eeli..iyek ar..wat amber dah la..(nada pelat si Lu'lu) 


Fahmi: Ishh...oklah..auntie cepat skit..malu la...
Lu'lu: Haa,,,acam ni ar..epat2 engok emera..cenyum2...

Lu'lu: Abang Fahmi tunggulah adik Lu'lu nak ikut...
Fahmi: Tak leh..satgi Lu'lu peluk..xmau..Lu'lu pi peluk uncle nuu. 


Lu'lu: Bocanlah abang Fahmi ni baik Lu'lu angkap ambar agi best..can auntie can..


Ni plak aksi2 candid diorang dulu2















Ini jelah aksi-aksi si comel bila bergambar yang dapat aku share dengan korang untuk Entry kali ni.
Thank you..for viewing my blog...see you again for the next entry.....bye,,,bye,,


www.tips-fb.com

Monday 19 March 2012

My Activities @ Kedah

Hye u all...ape kabo minggu ni sihat ker? Hope u all semua sihat2la kan. Hari ni aku nak story sikit pasal my aktiviti hujung minggu ni..(ikut my hubby blik Kedah)... Antara aktiviti2 yang sempat aku follow weekend ari tu jeng...jeng....

MAJLIS PERKAHWINAN ABANG KEPADA MEMBER MY HUBBY


Aktiviti pertama yang aku follow pada minggu 2 pergi kenduri kahwin abang kepada member my hubby (AZRIL n WIFE...hehehe xingat nama die.. ). Sama cantik dan sama padan kan pengantin ni. (TAHNIAH N SELAMAT PENGANTIN BARU.)

PESTA JUALAN BUKU @  PASIFIC ALOR SETAR KEDAH


Ni pulak aktiviti kedua yg aku follow PESTA JUALAN BUKU POPULAR yg diadakan di Pasaraya Pasific Aloq Setaq..hehe..belajaq ckp Kedah plak..,..macam2 jenis buku ada kat sini baik untuk kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa. Kiranya untuk semua peringkat umur lah ada kat sini memang Terbaikk......lah 


Amboiii.....kusyuknye sampai x sedar pic die kena candid. Maklumlah tengah fokus.. (la sangat...hehehe) membaca buku tentang ibu mengandung tu yg x sedar pic sendiri kena candid hehe....


My hubby tengah bz cari buku yang die nak abis 1 tempat ni die pusing hehe...tapi alhamdulillah jumpa jugak buku yang die nak cari tu.



My S.I.L Siti, Syokk sangat die cari komik sampai x cukup tangan (abg die bg GreenLight la katakan..hehehe).. tengoklah gelagat die tu aku candid pic ni pun die x sedar hehe....xpe fokus2 nak cari komik... nak cari komik...


Antara koleksi-koleksi buku yang aku beli, macam-macam ada (xtermasuk yang S.I.L aku pnya..lagi banyak.). Seronok rupanya shopping buku ni kalau boleh nak je ambik semua buku yang ada kat situ hehehe.....

SINGGAH MAKAN DI SELERA GBS ALOR SETAR (GHANI BIHUN SUP)


Aktiviti last yg aku follow ialah singgah makan di Selera GBS Sup Power.Mula2 ingat GBS tu Geng Bas Sekolah..huhuhuhu..Rupa2nya Selera GBS tu (GHANI BIHUN SUP) Sup Power yg terletak di Jalan Mahkamah, ALOR SETAR..(laki aku habaq)..hehe.. Jom layan pics aktiviti aku ok...(ATAS) Keadaan depan kedai, waktu ni hujan baru je lepas berenti.Meme besh arrr layan sup panas2... Selain bihun sup terdapat jugak nasi ayam n aneka makanan panas yang disediakan di kedai ni.


Makanan yang S.I.L aku order nasi ayam n barli ais.


Menu yg menjadi pilihanku ialah..jeng...jeng..bihun sup daging n barli suam.Layann.. Jemput makan...u alls.....

Nyum2 Sluurrpppss...sedapnye bihun sup ni ..menu bersama nescafe tarik ku tp x interframe plak.. hehehe......


So lepas makan kitorang pun gerak pulang...plan nak jalan2 g..tpi time dah agak lewat,,my S.I.L esoknya dia sekolah..
Entry kali ni just nak show and share about my activity jer..Just for fun and info..
So..tgu je lah next story from cherieritakhu (setiap cerita ada kebenarannya)..thank you for viewing my Blog..Have a nice day....Daaaadaaaa..


Sharing is Caring:
Aloq Setaq    =    Alor Setar
Meme           =    Memang (versi kelantan)
S.I.L             =    Sister In Law (Adik Ipar Perempuan)
Habaq           =    Bagitau@ Beritahu























www.tips-fb.com

Wednesday 14 March 2012

My Nephew (Mohd Nuzul Amin & Siti Nor Aliya)

Hai everyone...Whaddup!! Pergh..'spikang' plak rini..hehehe..hope korang sihat n ceria2 macam aku jugak..hidup kena selalu ceria baru gembira walaupun dalam hati gundah gulana..hahahahah..Hari ni ngah syok2 layan FB,,tetibe je teringat kat anak buah aku si Amin & Aliya yang nakal n comel 2...geram betoi rase mcm nak gigit-gigit je dorang 2 klau ada depan aku hehehe rinduuuu...

Ni lah 'anak buah' aku yang first@sulung..Mohd Nuzul Amin nama dia....



 Dulu bkn main malu nk bergambo..tp skang...
....hehehe siap 'PEACE' lg tu.


X abis-abis 'Peacehehehe.....
Korang kecik2 dulu pun mesti  buat Peace masa begambokan..kan..kan?.
Nape ek?


Siti Nor Aliya my 2nd niece.Cutekan ngan 2btg gigi barunye hehe....


 Ala..tomei....tomei...


 masyemmm nye muka dia...

Aliya with her papa


Aku a.k.a Auntie Aliya.....ade gaye seorang mommy x?hehe....


mcm kekok je my hubby pegang Aliya :-)


landing time....Zzzzzzzzzzz


Cak.......


Comelkan dorang ni......best betul aku balik kampung layan dorang,insyaallah bulan depan aku akan dapat sorang lagi anak buah (baby girl jugak) n lepas 2 turn aku plak ade baby sendiri insyaallah september ni (baby boy kot).


P/S : Amin n Aliya nampaknye duit raye kali ni kurangla ye hehe...(tibe-tibe je...)

www.tips-fb.com

Tuesday 13 March 2012

Mee Udang Banjir Tanjong Karang

Assalam, semua,,amcam hujung minggu korang best ker x best?hope sumenyer best la kan..Actualy aku nak share entry ni dengan sume pasal Mee Udang Banjir yang best + sedap. So,hujung miggu aritu,,dalam perjalanan balik dari kampung (Bagan Datoh) ke Kuala Lumpur tetibe teringat satu kedai makan mee udang banjir. Sebelum ni kitorang lalu je x pernah pun nak singgah tapi ahad minggu lepas kitorang sempat jugakla singgah . Ramai jugak orang kat kedai 2 hinggakn hatiku berkate-kate "mesti sedap kot mee udang banjir 2?" So kitorang pun singgah la untuk pertama kalinye...

Inila kedai mee udang tanjung karang

Kitorang just order 3 mangkuk mee udang banjir n aku minum barli ais,hubby aku nescafe tarik n mybff (farrah) minum nescafe ais kot. Tunggu punye tunggu sampaila jugak mee udang banjir kitorang order. Ape lagi makan timela hehehe.. Oppss,,Bismillah dulu....,Ermm....memang sedap mee udang banjir ni x rugi lah kitorang try.. n rupa2nye rase die macam mee rebus, manis, n yang best udangnye besar,ada dalm 6 ekor kot. Harganya xde la mahal, RM 6.00 je semangkuk..ok la kan? Selain mee udang banjir terdapat jugak menu lain seperti soto, char koey teow udang, mee hoon, mee goreng udang, nasi goreng udang & otak-otak. So korang bolehlah try makanan lain yang ade kat situ sure sedap punye....

Mee udang banjir Tanjung Karang (RM 6.00 semangkuk)

Ni lah udang yang buat mee tu banjir,hehe..

syokk..x ingat makan sampai tambah 2 kali hehehe....

ERrrmmm...Sedapnya,,sampai kering kuahnye,,huhu..
(my Bff,Farrah)

Sllluuuurrrppppssss..,
SEDAPPP.....Jemput makan yer..

Korang patut cube n nilai sendiri mee udang banjir ni best ker tak..Korang bolehlah singgah sekiranya melalui jalan Tanjung Karang menghala Sekinchan. Kedainye terletak sebelah kiri jalan kalau korang dari Kuala Lumpur dan kalau korang dari arah Sekinchan menghala  nak ke Kuala Lumpur kedainye terletak di sebelah kanan n bersebelahan Masjid Tanjung Karang dan kedai 2 betul-betul tepi jalan SENANG JERR nak cari.

Selamat Mencuba....Cik Kdaud..


Entry saye untuk kali ini. (JANGAN LUPA LIKE hehehe...)
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
chericeritakhu.blogspot.com